Saturday, November 20, 2010

entah lah

tiada apa aku mau cakap
mampu memandang dan melihat
aku mula sedari
perilaku dulu aku
mulai mencerminkan
tiap-tiap perilaku yang terjadi sekarang
mungkin
aku perlukan kembali saat itu
dimana
aku benci dan tidak suka
akhirnya apa yang dibenci itu
aku juga yang dapat
aku mulai memandang perjalanan
dan aku mulai menoleh perjalanan sebelumnya
mana lagi aku tidak suka itu
akan menjadi miliki aku


p/s sedarlah apa yang dibenci atau dicaci akan menjadi miliki kita.

Thursday, November 11, 2010

lupa bagaimana nangis

aku duduk lalu tersentak
antara ingat atau tidak
menarik secebis memori
mencantas antara dulu dan kini
mencari mana hilangnya
pancuran kehidupan
dulu
ketawa bersama
sedih seringkali
memuji kerap
sakit sentiasa
cinta tak tentu
semua ada aku ada
kini
sibuk bersama 
kerja seringkali
memikir kerap
tiada masa sentiasa
gembira tak tentu
akhirnya
aku mulai tersentak
tanpa sedari
menendang lompong kehidupan
lalu 
rebah ke dasar  hati
sambil titisan 23 tahun  lalu
mulai mengalir
membasahi pancuran kehidupan
membame

Wednesday, November 3, 2010

kita menguasi ruang jangan ruang menguasai kita

''aku benci melihat ko, ko sentiasa mengambil ruang-ruang di sekeliling aku, aku perlukn ruang itu untuk terus kehadapan, jangan ko ambil ruang aku''

                                                                                                                menoloq diri



aku
aku sentiasa ada
walaupun engkau benci
dikala aku memberikan ruang-ruang
engkau lah sang wira
tapi
engkau mendustai aku
lalu ku hamparkan
segala yang mengisi setiap ruang
engkau ketawa sambil tersenyum
tapi engkau leka
engkau lalai
nista menanti
pahit ditelan manis dimuntah
bila kesulitan menghimpit
baru engkau tahu
ruang-ruang mulai menguasi






                                                                                                         nurkilan
                                                                                                         ''menoloq diri''

kenyataan

kenyataan boleh lari dari kita tapi kita tidak boleh lari dari kenyataan. Adapun yang mengertikan kenyataan adalah sesuatu ketentuan. Kita tidak terlepas dari ketentuan yang ditakdirkan kepada kita. Bahkan perjalanan hidup kita telah diketahui walaupun kita belum menjangkau kejadian.


Perubahan sentiasa bersama kita. Mengapa perlu kita takut kepada perubahan? Ada dua kesan sahaja mengapa perubahan itu berlaku iaitu positif dan negatif. Dua kesan ini dijanakan oleh akal pikiran kita sendiri. Jangan takut untuk berubah kerana tidak ada seorang pun yang boleh menentukan hala tuju hidup kita. Kita berhak atas paksi ''menoloq diri''.


nurkilan
menoloq diri

Ruang @ Peluang

Kita sentiasa hendak mengubah dunia tapi kita lupa mengubah diri kita. Antara peluang @ ruang?



  Apa perlu kita dahulukan? Mana satu wujud dahulu? Atas pertimbangan apa kita dahulukan?

Melihat pada lukisan tangan diatas, pasti kita melihat sebuah karya tangan yang melahirkan persoalan pada minda kita. Apakah motif yang hendak disampaikan kepada kita. Pasti ada menduga tentang emosi pelukis atau suasana kehidupan kita. Situasi begini yang menjadi persoalan kepada peluang atau ruang yang dahulu wujud.Anda sahaja yang mengerti dimanakah nilai diri anda ketika kedua-dua ini wujud dan mana satu anda dahulukan.

                                  Peluang                ---------                 Ruang

menoloq diri

Apa itu menoloq? Apa itu diri? Kita sentiasa memikirkan apa perlunya menoloq pada diri. Manusia selalu menoloq pada diri bagi menguatkan semangat diri sendiri, yakni mencabar diri. Adakah ini merupakan rangsang yang positif pada manusia itu? Cuba andaikan setiap perbuatan memerlukan kita menoloq? Dalam kehidupan seharian seberapa kerap kita melakukan perkara yang memerlukan kita menoloq? Andai kita mengerti seberapa besar nilainya mungkin kita ada jawapannya.